Insurans Pekerja Asing

Kami juga menawarkan perkhidmatan untuk insurans pekerja asing.

Apa itu Foreign Worker Hospitalisation & Surgical Insurance Skim Insurans (SKHPPA)?

Bermula 1hb. Januari 2011, kerajaan telah mewajibkan semua majikan supaya mengambil SKHPPA untuk pekerja asing mereka.

Sekiranya tiada SPIKPA, maka majikan tidak boleh memperbaharui permit kerja pekerja asing mereka
Manfaat SPIKPA seperti berikut: –

Had Tahunan RM10,000 Untuk kemasukan ke hospital (kemalangan/sakit)
Hospital kerajaan – cashless. Hanya tunjukan pengenalan diri (passport) bagi pengesahan di kaunter masuk hospital-hospital kerajaan (KKM)
Hospital swasta – reimbursment (bayar dulu selepas itu klaim dengan insuran)
Jumlah premium – RM120 setahun (untuk seorang)
Tambah RM10 untuk setiap polisi bagi Duti Setem

Apa it Foreign Workers Compensation Scheme (FWCS)?

24 jam perlindungan
Untuk KEMALANGAN sahaja (waktu kerja/luar waktu kerja)
Penyakit akibat/kesan daripada kerja
Bil perubatan hospital (maksima RM750)
Kos penghantaran jenazah, jika meningal/hilang upaya kekal (maksima RM4,800)
Jumlah perlindungan (dalam waktu kerja):
Kematian akibat kemalangan di tempat kerja – maksima RM25,000
Kecacatan kekal akibat kemalangan(TPD) – maksima RM23,000
Kecacatan separuh kekal/permanent partial disablement – ikut peratusan (maksima RM23,000)
Kecacatan kekal sementara(TTD)/Kecacatan separuh kekal sementara(TTPD) – 1/3 daripada gaji bulanan (maksima RM330)
Kos/bil hospital – maksima RM750 (bagi setiap kes)
Jumlah perlindungan (di luar waktu kerja):
Kematian akibat kemalangan di tempat kerja – maksima RM23,000
Kecacatan kekal akibat kemalangan(TPD) – maksima RM23,000
Kecacatan separuh kekal/permanent partial disablement – ikut peratusan (maksima RM23,000)
Kecacatan kekal sementara(TTD)/Kecacatan separuh kekal sementara(TTPD) – 1/3 daripada gaji bulanan (maksima RM330)
Kos/bil hospital – maksima RM750 (bagi setiap kes)

Apa itu Insurance Guarantee (IG)?

Majikan yang mengaji pekerja asing/foreign worker diwajibkan mengambil Jaminan Insuran atau Insurance Guarantee (IG), Skim Pampasan Insuran Pekerja Asing/Foreign Workers Compensation Scheme (FWCS) dan Skim Pampasan Insuran Kesihatan Pekerja Asing (SPIKPA). Insurance Guarantee atau IG dan SPIKPA diperlukan oleh Jabatan Imigresen, manakala FWCS pula di bawah seliaan Jabatan Buruh.

Majikan yang mengaji pekerja asing/foreign workers secara permohonan biasa atau permohonan di bawah program 6P diwajibkan mengambil ke tiga-tiga polisi tersebut. Di bawah adalah penerangan ringkas berkenaan dengan ke tiga-tiga polisi tersebut. Jumlah guarantee bagi setiap pekerja dan wargenegara ialah seperti berikut: –

Indonesia: RM250
Bangladesh: RM500
India/Pakistan/Nepal/Myanmar: RM750
Philipine: RM1000
Vietnam: RM1,500
Jika anda membeli Bond dengan bank, maka jumlah yang anda kena bayar ialah harga di atas bagi setiap pekerja. Jika anda mengambil polisi Insurance Guarantee dengan syarikat insuran / takaful – anda hanya perlu bayar premium yang lebih murah. Contohnya, jika anda mempunyai 9 orang pekerja Indonesia..anda cuma bayar premium Insurance Guarantee sebanyak RM63.66 sahaja. Pengiraan premium Insurance Guarantee seperti berikut (sebagai contoh 9 pekerja Indonseia:-

RM250 x 9 orang x 1.5% x 18 bulan / 12 bulan (Formula)
= RM50.63 + RM10 stamp duti
= RM60.63 (jumlah premium Insurance Guarantee untuk 9 pekerja Indonesia)
Nota: Minimum premium untuk Insurance Guarantee ialah RM63

IG @ Insurance Guarantee

Insurance Guarantee (IG) diperlukan oleh majikan apabila mereka hendak membuat pembaharuan permit Kerja/work permit pekerja asing mereka (majikan juga perlukan FWCS & SPIKPA)
IG hendaklah diberikan kepada Jabatan Imigresen di mana pembaharuan permit kerja hendak dilakukan
Tempoh masa IG ialah 13 bulan/18 bulan/26 bulan/30 bulan & 36 bulan
Kebiasaannya majikan memerlukan tempoh IG selama 18 bulan
Jumlah guarantee/jaminan bagi pekerja asing adalah berbeza mengikut negara. Manakala minimum premium ialah RM63

[ninja_form id=4]