Kenali kami

Bersama membina ekonomi kukuh

NAS MANAGEMENT SDN BHD ditubuhkan dari tahun 2010 & bergiat aktif memantau beberapa jenis latar belakang perniagaan untuk dasar permohonan pekerja asing. Servis yang kami tawarkan adalah termasuk kuota permohonan, pengurusan dokumen, pemilihan pekerja dari negara sumber negara asal, permohonan visa, insurans pekerja asing dan kedatangan pekerja ke Malaysia dengan cara yang sah.

Kami juga menawarkan perkhidmatan komunikasi yang baik di antara syarikat dan agensi pengambilan pekerja di negara sumber pekerja asing. Semua agensi pengambilan pekerja memberikan kerjasama yang baik untuk memastikan pekerja mereka mempunyai sikap yang baik dan memberi servis yang terbaik kepada majikan. Kebiasaannya, pelanggan kami gemar memilih pekerja dari Indonesia, Nepalese, Philippines, Myanmar, Vietnam, Bangladesh, India dan lain-lain.

Kami akan memastikan pekerja kami memberi khidmat yang terbaik untuk perniagaan anda.

PASARAN PEKERJA ASING UNTUK PERNIAGAAN ANDA

Di Nas Management, Kami menyediakan pekerja asing untuk pelbagai sektor. Dari Kilang Pengeluaran hinggalah industri perkhidmatan.

Kilang Pengeluaran

Kejuruteraan Mekanikal, Pengeluaran dan Pembaikan mesin oil & gas atau Pengeluaran makanan

Buruh Kontraktor

Buruh kontraktor untuk tapak pembinaan, tukang kayu, tukang paip, pengimpal, juru elektrik dan lain lain

Pertanian

Sektor pertanian seperti ladang buah-buahan, tanaman sayuran, bunga dan tumbuhan hiasan

Perladangan

Pekerjaan di ladang kelapa sawit dan Pengendalian jentera di ladang dan lain lain

Perlombongan

Pekerjaan di tapak perlombongan dan kuari untuk mengekstrak bahan mentah

Perkhidmatan

Restoran, pembersihan dan sanitasi sub-sektor, resort, hotel, golf caddy (lelaki) & pengurusan kargo