Salam sejahtera,
Dukacita di sini Nas Management ingin memaklumkan bahawa Kerajaan Malaysia telah mengumumkan penangguhan kemasukan pekerja asing sehingga hujung tahun ini berikutan penularan wabak Covid-19. Keputusan Kerajaan menangguhkan pengambilan pekerja asing baharu ini adalah setelah mengambil kira faktor keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat.
Justeru, sebarang urusan berkaitan permohonan baru kemasukan pekerja asing bermula dari urusan permohonan di Jabatan Tenaga Kerja, Kementerian Dalam Negeri adalah ditangguhkan buat sementara waktu. Para majikan boleh menyemak pengumuman di atas ini http://www.moha.gov.my/index.php/ms/terkini/4503-notis-makluman-operasi-osc-fasa-penangguhan-kemasukan-pekerja-asing
Kami mendoakan agar semua para majikan dapat mencari alternatif terbaik bagi menggajikan pekerja dalam tempoh Covid-19 ini.
*** Perkhidmatan Nas Management Sdn Bhd yang masih diteruskan termasuklah pembaharuan PLKS pekerja asing semua sektor, urusan permohonan pas khas, check out memo di imigresen, urusan pembaharuan passport pekerja asing, urusan FOMEMA pekerja asing, urusan pelaporan pekerja asing di Jabatan Tenaga Kerja, Pendaftaran dan pembayaran SOCSO pekerja asing, insurans pekerja asing (SPIKPA / SKHPPA, IG & PA), dan permohonan bayaran balik levi yang tidak digunakan syarikat (Urusan JIM & KDN)
Untuk sebutharga dan sebarang pertanyaan , hubungi kami di 019 717 3990
Recent Comments