Seperti sedia maklum, negara Malaysia kini sedang berada di fasa perintah kawalan pergerakan pemulihan yang berkuatkuasa sehingga 31 Ogos 2020. Jabatan Imigresen Malaysia juga menegaskan hanya mereka yang mempunyai temujanji sahaja yang boleh berurusan dengan para pegawai yang terlibat. Temujanji boleh dibuat oleh majikan melalui laman sesawang yang diarahkan iaitu https://sto.imi.gov.my/e-temujanji/ . Tempahan melalui sistem ini adalah berdasarkan yang cepat didahulukan (first come first serve). Slot yang disediakan juga adalah terhad. Terdapat pelbagai pilihan urusan yang berkaitan dengan pekerja asing ditawarkan.

Seperti baru-baru ini, kami telah berjaya membuat temujanji di Jabatan Imigresen Negeri Johor. Kami telah membantu majikan menguruskan permohonan Pas Khas (Special Pass) bagi syarikat kilang jagung kerana pekerja tersebut dalam proses menunggu keputusan rayuan kesihatan FOMEMA. Selain itu, kami juga menguruskan Pas Khas untuk pekerja asing ketibaan dari Indonesia pada 15/03/2020 yang lalu. Pekerja ini sepatutnya telah mendapat pelekat PL(KS) tahun pertamanya pada 12/04/2020. Namun begitu, disebabkan perintah kawalan pergerakan yang sedang dilaksanakan ketika itu, permit pekerja ini hanya boleh diuruskan pada bulan Jun 2020 ini.

Kepada para majikan, ELAKKAN DITIPU OLEH PIHAK KETIGA berkaitan pengurusan pekerja asing anda. Kami menawarkan perkhidmatan pengurusan dokumen pekerja asing anda secara telus tanpa sebarang kos tersembunyi. Hubungi 0197173990 untuk sebarang bantuan & maklumat lanjut berkaitan pengurusan dokumen pekerja anda.