Fasa 1 (sebelum ketibaan)
- Majikan yang ingin mengambil pekerja asing perlu memohon Visa Dengan Rujukan (VDR) daripada Bahgaian Pekerja Asing ,Jabatan Imigresen Malaysia.
- Permohonan VDR boleh dikemukakan secara manual atau secara atas talian melalui aplikasi e-services.
- Permohonan VDR pekerja asing hendaklah dikemukakan berdasarkan senarai semak seperti berikut:
- Dokumen Kelulusan ISC
- Borang Permohonan VDR
- Surat asal Kelulusan Bersyarat Kementerian Dalam Negeri (kelulusan kuota)
- Resit asal bayaran levi
- Borang IM.12 dan IM.38
- Jaminan sekuriti dalam bentuk Wang cagaran/ jaminan insurans/jaminan bank (jaminan insurans mempunyai sah laku sekurang-kurangnya 18 bulan yan dimatikan setem)
- Salinan passport pekerja
- Gambar terkini pekerja bersaiz passport
- Laporan pemeriksaan kesihatan dari negara sumber (mempunyai sah laku 3 bulan dari tarikh dikeluarkan)
- Skim Pampasan Pekerja Asing (SPPA)
- Slip pengesahan Skim Perlindungan Insurans Kesihatan Pekerja Asing (SPIKPA) – kecuali sektor perladangan
- Pekerja asing hendaklah berada di negara asal sementara menunggu kelulusan VDR daripada Jabatan Imigresen Malaysia
- CATATAN : Permohonan pekerja asing untuk bekerja di Sabah dan Sarawak adalah tertakluk kepada bidang kuasa Kerajaan Negeri mengikut prosedur ditetapkan
Fasa 2 (selepas ketibaan)
- Pekerja asing hanya akan dibenarkan masuk ke negara ini melalui pintu pintu masuk yang diwartakan dengan :
- Menggunakan VDR yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia dan visa kemasukan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perwakilan Malaysia di negara asal.
- Majikan hendaklah memastikan supaya pekerja asing diambil dalam tempoh 24 jam selepas ketibaan.
- Bagi tujuan pengeluaran Pas Lawatan (Kerja Sementara) – PL(KS), majikan diberi tempoh 30 hari untuk melaksanakan pemeriksaan kesihatan ke atas pekerja asing di pusat kesihatan yang berdaftar dengan FOMEMA.
- PL(KS) hanya akan dikeluarkan selepas pekerja asing disahkan sihat oleh pusat kesihatan berdaftar dengan FOMEMA. Sekiranya pekerja asing didapati tidak sihat, majikan hendaklah menghantar pekerja asing pulang pada kadar segera dengan memohon Memo Periksa Keluar.
- Pengeluaran PL(KS) hendaklah dibuat di Pejabat Imigresen yang mengeluarkan kelulusan VDR pekerja asing tersebut.
Prosedur diatas mungkin sedikit rumit bagi pihak majikan yang baru pertama kali membuat permohonan pekerja asing. Oleh itu , untuk memudahkan urusan anda serahkan kepada pihak staff kami di Nas Management untuk mengendalikan permohonan anda buat pertama kali. Untuk maklumat lanjut sila hubungi kami di 077555990 atau fast respon boleh tekan link www.wasap.my/60197173990 .
Recent Comments