1. Jenis kediaman yang dibenarkan.
    • Apartment/Flat/Kondominium
    • Rumah teres/Berkembar,Banglo
    • Rumah kampung
    • Rumah kedai
  2. Syarat kegunaan bangunan kediaman.
    • Bangunan baru atau bangunan yang sedia ada untuk penginapan hendaklah mematuhi UKBS 1984.
    • Mempunyai Perakuan Siap dan Pematuhan (Certificate of Completion and Compliance) atau Perakuan Kelayakan Menduduki (Certificate of Fitness for Occupation – CFO)
    • Memperoleh kelulusan Permit Bangunan bagi suatu tempoh terhad yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (bagi bangunan sementara).
    • Memperoleh kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan untuk menukar guna kegunaan bangunan daripada bangunan bukan kediaman kepada bangunan untuk tujuan kediaman.
  3. Syarat kegunaan bangunan kediaman kekal.
    • Semua kemudahan dan ruang dalam bangunan kediaman hendaklah digunakan bagi tujuan penginapan sahaja.
    • Ruang kediaman seperti dapur, bilik mandi, tandas, dan ruang guna sama , yang sedia ada hendaklah kekal digunakan seperti tujuan asal dan tidak boleh diubah.
  4. Standard ruang minimum.
    • Bagi tempat penginapan yang menggunakan bangunan yang sedia didiami, setiap pekerja hendaklah diberi ruang bertutup sepenuhnya tidak kurang daripada 4.5 meter persegi. ( Nota : Bagi tujuan pengiraan bilangan penghuni sesebuah unit kediaman, formula pengiraan adalah seperti berikut : Jumlah keluasan bertutup keseluruhan / 4.5 meter persegi = Jumlah penghuni ,dibundarkan kepada nombor bulat yang terdekat).
  5. Keselamatan dan kebersihan
    • Majikan hendaklah memastikan suatu unit bangunan kediaman tidak boleh dikongsi oleh pekerja asing yang berlainan jantina.
    • Pengalihudaraan dan cahaya semulajadi yang mematuhi undang-undang kecil 39, UKBS 1984.
    • Tandas, bilik mandi dan dapur dijaga dalam keadaan bersih dan boleh digunakan.
    • Persekitaran halaman dan bangunan sentiasa dalam keadaan selamat dan bersih.
    • Penyediaan kemudahan tempat membuang sampah.
    • Pendawaian elektrik dibuat tanpa kelulusan pihak berkuasa tidak dibenarkan sama sekali.
    • Penyediaan peti kecemasan (first aid kit) dan alat pemadam api yang mencukupi.
  6. Komitmen majikan menyediakan penginapan kepada pekerja asing.
    • Mana mana majikan yang memohon pekerja asing hendaklah membuat Surat Komitmen berkaitan penyediaan tempat penginapan pekerja asing yang ditandatangani oleh pengarah syarikat, pemilik atau rakan kongsi di hadapan pegawai tenaga kerja.
  7. Tarik kuatkuasa garis panduan.
    • Garis panduan ini berkuatkuasa mulai 1 Januari 2016.

Untuk maklumat lanjut bagi pengambilan pekerja asing serta jenis kediaman yang lebih terperinci sila hubungi kami 077555990 atau fast respon www.wasap.my/60197173990 .