Majikan yang menggaji pekerja asing diwajibkan mengambil Jaminan Insuran atau Insurance Guarantee (IG), Skim Pampasan Insuran Pekerja Asing/Foreign Workers Compensation Shceme (FWCS) dan Skim Pampasan Insuran Kesihatan Warga Asing (SPIKPA). IG dan SPIKPA diperlukan oleh Jabatan Imigresen, manakala FWCS pula di bawah seliaan Jabatan Buruh.

Majikan yang menggaji pekerja asing secara permohonan biasa atau permohonan di bawah program 6P diwajibkan mengambil ketiga-tiga polisi tersebut.

IG @ Insurance Guarantee

  • Insurance Guarantee (IG) diperlukan oleh majikan apabila mereka hendak membuat pembaharuan permit kerja/work permit pekerja asing mereka(Majikan juga perlukan FWCS & SPIKPA).
  • IG hendaklah diberikan kepada Jabatan Imigresen di mana pembaharuan permit kerja hendak dilakukan.
  • Tempoh masa IG ialah 13 bulan/18bulan/26bulan/30 bulan & 36bulan
  • Kebiasaannya majikan memerlukan tempoh IG selama 18 bulan
  • Jumlah guarantee/jaminan bagi pekerja asing adalah berbeza mengikut negara.
  • Jumlah premium untuk IG bergantung kepada warganegara, tempoh masa IG, Jumlah pekerja.

SPIKPA @ Skim Pampasan Insuran Kesihatan Pekerja Asing

  • Bermula 1hb Januari 2011, kerajaan telah mewajibkan semua majikan supaya mengambil SPIKPA untuk pekerja asing mereka.
  • Sekiranya tiada SPIKPA ,maka majikan tidak boleh memperbaharui permit kerja pekerja asing mereka.
  • Manfaat SPIKPA seperti berikut:
    • Had tahunan RM10,000
    • Untuk kemasukan ke hospital (kemalangan/sakit)
    • Hospital kerajaan – cashless. Hanya tunjukan pengenalan diri (passport) bagi pengesahan di kaunter masuk hospital-hospital kerjaan (KKM)
    • Hospital swasta – reimburstment (bayar dahulu selepas itu klaim dengan insurans)
  • Jumlah premium – Rm127.20 setahun untuk seorang

FWCS @ Skim Pampasan Insuran Pekerja Asing

  • 24jam perlindungan
  • Untuk kemalangan sahaja (waktu kerja/luar waktu kerja)
  • Penyakit akibat/kesan daripada kerja
  • Bil perubatan hospital (maksima Rm750)
  • Kos penghantaran jenazah ,jika meninggal/hilang upaya kekal (maksima Rm4,800)
  • Jumlah perlindungan (dalam waktu kerja):
    • Kematian akibat kemalangan di tempat kerja – maksima Rm25,000
    • Kecacatan kekal akibat kemalangan (TPD) – maksima Rm23,000
    • Kecacatan separuh kekal/permanent partial disablement – ikut peraturan – (maksima Rm23,000)
    • Kecacatan kekal sementara (TTD) – 1/3 daripada gaji bulanan (maksima Rm330)
    • Kos/bil hospital – maksima Rm750 (bagi setiap kes)
  • Jumlah perlindungan (diluar waktu kerja):
    • Kematian akibat kemalangan di tempat kerja – maksima Rm23,000
    • Kecacatan kekal akibat kemalangan (TPD) – maksima Rm23,000
    • Kecacatan separuh kekal/permanent partial disablement – ikut peraturan – (maksima Rm23,000)
    • Kecacatan kekal sementara (TTD) – 1/3 daripada gaji bulanan (maksima Rm330)
    • Kos/bil hospital – maksima Rm750 (bagi setiap kes)
  • Jumlah premium ialah Rm76.02 setahun (untuk seorang pekerja)
  • Tambah Rm10 untuk setiap polisi bagi Duti Setem.

Syarikat kami Nas Management Sdn Bhd adalah merangkumi segala pengurusan pengambilan pekerja asing termasuk insurans bagi memudahkan urusan majikan. Untuk mengambil perkhidmatan kami sila hubungi 077555990 atau fast respon 0197173990 – PN NORAZIAN. tekan link di sini http://www.wasap.my/60197173990

Terima kasih.