Bermula 01/10/2019 , majikan di Malaysia yang mempunyai surat kelulusan KDN (KDN Approval Letter) yang masih berkuatkuasa adalah DIBENARKAN untuk memproses kemasukan pekerja dari Negara Nepal.

Baru – baru ini , kami juga telah berjaya membantu salah seorang pelanggan kami iaitu Mr. Lee dari Pelabuhan Klang, Selangor menguruskan permohonan dan kemasukan 3 pekerja asing warganegara Nepal untuk bekerja di ladang buah naga miliknya. Penyediaan dokumen untuk kegunaan pengesahan di Kedutaan Nepal (Nepal Embassy) kini WAJIB melalui Jabatan Tenaga Kerja dan Bahagian Konsular, Kementerian Luar Negeri terlebih dahulu. Setelah mendapat pengesahan (attestation) dari Kedutaan Nepal (Nepal Embassy) pada 18/11/2019, permohonan Visa dengan Rujukan terus dilaksanakan pada 23/12/2019. Pada 02/01/2020, permohonan Visa dengan Rujukan bagi pekerja ini diluluskan oleh Imigresen Shah Alam , Selangor. Akhirnya , pada 29/01/2020, pekerja ini telah tiba di Malaysia melalui pintu masuk KLIA1.

Tugas majikan tidak berakhir setelah ketibaan pekerja.Selain melaporkan kemasukan pekerja ke Jabatan Tenaga Kerja berdekatan dalam tempoh 14 hari bekerja, majikan harus membawa para pekerja ini ke klinik berdekatan bagi tujuan pemeriksaan kesihatan menyeluruh atau lebih mudah dipanggil FOMEMA. Lagi menggembirakan hati majikan apabila pekerja – pekerja ini diakui SIHAT dan boleh terus berada di Malaysia untuk bekerja di kebun dan ladang milik majikan.

Semakan keputusan pemeriksaan kesihatan FOMEMA , 3 Nepal yang diakui sihat dan dapat terus berkhidmat di ladang pitaya (buah naga) milik Mr Lee

Setelah diakui sihat, tugas majikan adalah membuat permohonan endorsemen tahun pertama di imigresen. Endorsemen ini bertujuan untuk memastikan pekerja diakui sah dan mengemaskini rekod mereka di dalam sistem imigresen. Di sini juga , imigresen Malaysia akan memproses permit pekerja sesuai dengan undang-undang Malaysia. Kebiasaannya, endorsemen ini WAJIB DILAKUKAN oleh majikan dalam tempoh 30 hari dari tarikh ketibaan pekerja.

Pengurusan pekerja yang baik dan berkualiti bermula dari perkhidmatan kami. Kami adalah PAKAR pengurusan pekerja asing yang telus, amanah dan terpercaya. Anda mahukan perkhidmatan kami, hubungu kami di talian 019-7173990 atau tekan link di sini http://www.wasap.my/60197173990