15 Februari 2020 (gambar 1)
19 Februari 2020 (gambar 2)

Baru-baru ini staff kami, Encik Syafiq di Nas Management telah membantu 2 syarikat untuk membawa masuk seramai 7 orang pekerja asing yang kesemuanya warganegara Indonesia. Seramai 6 orang pekerja asing warganegara Indonesia (gambar 1) selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai pada 15/02/2020 dan kini ditempatkan di Simpang Renggam, Johor untuk membantu pengusaha ladang jagung yang berkeluasan 14.7832 hektar . Majikan ini masih mempunyai 29 kuota sehingga 18 Jun 2021 dan kuota ini bakal digunakan untuk pengambilan pekerja seterusnya.

Seorang lagi pekerja asing warganegara Indonesia (gambar 2) juga telah tiba di Malaysia melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Senai pada 19/02/2020 dan kini ditempatkan di Batu Pahat,Johor bagi membantu majikan di kebun nenas yang berkeluasan 17.23 hektar . Majikan ini amat berpuas hati dan bersyukur kerana kesemua kuota KDN seramai 5 orang milik syarikatnya telah digunakan dengan sebaik-baiknya. Sehingga kini, kami masih menerima maklum balas positif dari majikan ini berkaitan para pekerja yang bekerja di ladang nenas ini.

Para majikan telah bekerjasama dengan baik sekali bermula dari pemilihan calon pekerja sehinggalah kemasukan pekerja secara sah ke Malaysia. Kami amat mengalu-alukan anda yang ingin membuat permohonan pekerja asing di syarikat kami.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi kami di melalui talian tetap 07-7555990 atau 019-7173990 – PN NORAZIAN . Boleh klik di sini juga untuk sebarang pertanyaan berkaitan pengurusan pekerja asing www.wasap.my/60197173990